![]() |
Tan Sri
Syed Mokhtar Al- Bukhary
|
1.0 Tan
Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Tan sri Syed Mokhtar Al
Bukhari merupakan salah seorang tokoh usahawan bumiputera yang berjaya dan
terkenal di Malaysia. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh
pelusuk dunia mengetahui mengenai perniagaan dan kejayaan yang telah beliau
kecapi berkaitan keusahawanan. Kegigihan
dan kesungguhan beliau dalam menjalankan perniagaan boleh dijadikan contoh kepada
golongan muda pada masa kini untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau bukan
sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan malah turut bersama- sama
melakukan kerja- kerja amal dan menderma kepada golongan yang memerlukannya.
Oleh itu, tidah hairanlan sekiranya beliau salah seorang yang mendapat gelaran
tokoh jutawan di Malaysia berdasarkan penglibatan yang diceburinya.
1.1 Latar Belakang :
Pada tahun 1951, Tan Sri
Syed Mokhtar Al- Bukhary telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Merupakan anak
ketiga daripada tujuh beradik yang hidup dalam keadaan yang serba kekurangan bersama kedua- dua ibu bapanya. Keluarganya
berasal dari Hadhamaut, Yemen. Bapanya merupakan seorang peniaga yang
seringkali mengembara untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga sehinggalah
mereka mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar dan memulakan kehidupan
di sana. Beliau memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi ketika usianya
menjangkau 9 tahun, beliau telah dihantar tinggal bersama bapa saudaranya di
Johor Bharu. Beliau mendapat pendidikan dari darjah empat sehinggalah ke
tingkatan dua dan kemudian kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan
menyambung persekolahnanya di Sekolah Saint Michael’s. Tan Sri Syed Mokhtar
Al-Bukhary bukanlah merupakn orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak
pernah menyambung pelajarannya ke peringkat universiti. Namun begitu, beliau
bukan seorang yang tidak berilmu, kebanyakkan ilmunya di perolehi melalui
pengalaman secara langsung semasa beliau terlibat dalam bidang perniagaan.
Pada usianya yang masih muda
lagi, kehidupan beliau telah banyak mendorong beliau untuk berkecimpung dalam
bidang perniagaan iaitu beliau telah membantu ibunya menanam dan menjual sayur-
sayuran di Jalan Telok Wan Jah serta menjual roti canai di pasar yang sama.
Pada zaman persekolahan pula, beliau turut membantu bapanya membuat simpan
kira, mengembala haiwan berdekatan stesen keretapi Alor Setar. Bermula dari
situlah, beliau telah mempelajari selok- belok untuk memulakan perniagaan.
Pada tahun 1970, Tan Sri
Syed Mokhtar tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan ekoran
tercetusnya wabak kaki dan mulut. Beliau menjual daging secara kecil- kecilan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih kepada perniagaan
pengangkutan pada tahun 1972. Beliau Berjaya mendapat permit bagi empat buah
lori kelas A dan mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada pihak
MARA. Melalui pinjaman tersebut, beliau Berjaya memiliki dua buah lori Mercedes
911LS.
[1]“Saya mula berniaga dengan
menjalankan bisnes lori (pengangkutan lori) pada tahun 1972. Saya mendapat
permit untuk mengendalikan empat buah lori tetapi disebabkan tidak cukup sumber
kewangan, saya membeli dua biji lori dengan dibiayai pinjaman sepenuhnya dari
MARA. Apa yang menyeronokkan saya, lori buatan Mercedes itu dibeli di kedai
Cycle dan Carriage yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan
pejabat MARA yang memberikan pinjaman tersebut, letaknya juga di jalan yang
sama. Selepas tiga tahun berniaga, saya berjaya membayar semua pinjaman itu dan
perniagaan saya berkembang. Bilangan lori juga bertambah daripada dua
permulaannya. Malah, ketika saya memulakan perniagaan beras, saya juga mendapat
sokongan dari MARA apabila membekalkannya kepada anak syarikat MARA, Senama
Bhd. Saya amat terhutang budi kepada MARA kerana membantu saya di peringkat
awal perniagaan. MARA telah berjaya memainkan peranan besar dalam membangunkan
usahawan-usahawan Bumiputera seperti saya.” (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)
1.2 Pembangunan Perniagaan
Bermula
dari perniagaan pengangkutan, Tan Sri Syed Mokhtar telah membuka sebuah
syarikat yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa yang masih wujud dan
sudah mempunyai lebih 40 buah lori. Perniagaannya mula berkembang sehingga
beliau menceburi diri dalam bidang perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau
menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga
Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Melalui perniagaan beras, beliau
berjaya mendapatkan kontrak untuk membekalkan beras ke pihak Felda, Mara Senama
dan sebagainya. Dalam masa itu juga, beliau telah menubuhkan syarikat usaha
sama dengan dua orang peniaga cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan.
Perniagaan tersebut diberi nama Bukhary Sdn.Bhd.
Daripada
perniagaan beras, beliau mengembangkan perniagaannya ke komoditi lain, iaitu
gula sehingga ke hari ini. Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd memulakan operasi,
beliau membuka Bukhary (KL) Sdn Bhd. Penubuhan syarikat tersebut adalah untuk
mendapatkan kontrak kerajaan yang ketika itu ditawarkan untuk usahawan
bumiputera. Perniagaannya membuahkan hasil lagi, kali ini beliau diberikan
kontrak pembekalan beras,tepung coklat, teh,tepung susu dan juga minyak sapi
kepada kerajaan. Pada masa tersebut, syarikat usaha samanya memegang saham
dengan New Zealand Milk Products. Produk susu Mas Sdn. Bhd dipasarkan di bawah
jenama Fernleaf dan Anchor. Malangnya, pada pertengahan tahun 80an, Tan Sri
Mokhtar terpaksa menjual kepentingannya dalam
Produk Susu Mas Sdn. Bhd ekoran kemelesetan ekonomi.
Perjalanannya
tidak terhenti disitu, Tan Sri Syed Mokhtar menceburi sektor pembuatan, ekoran
mendapat kntrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak kementerian
pertahanan. Penubuhan dua buah syarikat iaitu Amtek Holdings dan Oriental
Garments Uniform Division bagi membekalkan pakaian dan kasut. Perkembangan
perniagaannya semakin pesat dengan melibatkan diri dalam bidang perkapalan.
Beliau menubuhkan Bukhary Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak
perbendaharaan. Melalui syarikatnya itu, beliau telah memiliki sebuah kapal
buatan Jerman dan diberi nama Angsa Mas. Walau bagaimanapun, perniagaannya
tidak bertahan lama, beliau mengalami kerugian dan terpaksa menjual kapal
tersebut pada harga USD600,000.
Tan Sri
Syed Mokhtar tidak pernah mengenal erti putus asa, beliau sekali lagi
melibatkan diri dalam bidang perniagaan melalui projek penswastaan Johor
Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau menjayakan projek Pelabuhan
Tanjung Pelepas yang kini menjadi semakin maju hingga mereka berjaya
meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari
Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan
Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Manakala Projek penswastaan ketiganya
adalah penswastaan air di mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu
syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd.
serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu
adalah sebanyak 49 peratus. Beliau
telah membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3
sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga
memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan
elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana
perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau
memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras
dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu
konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus
pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan
elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan
dan pengedaran buku.
Setelah Berjaya dalam setiap
perniagaan yang diceburinya, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Yayasan Al-Bukhary pada tahun Mac
1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin,
menyokong perkembangan seni dan budaya islam serta menggalakkan persefahaman
antara peradaban. Sehingga kini, Yayasan
al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan,
kebudayaan dan pendidikan. Selain itu, Yayasan tersebut hanya membiayai pelajar
miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin
dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pelbagai
projek besar dijalankan antaranya
pembinaan Kompleks al-Bukhary di Kedah, Muzium Kesenian Islam Malaysia
di Kuala Lumpur serta membina 12 buah masjid di serata negara.
Pada
tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford
Centre for Islamic Studies, membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju
(MIED) bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di
Sungai Petani, Kedah. Sehingga ke hari ini, yayasan tersebut masih wujud dan
telah membantu dan memberi kebajikan kepada golongan- golongan miskin.
[1] Petikan di ambil: portal rasmi Majlis
Amanah Rakyat daripada http://www.mara.gov.my/tan-sri-syed-mokhtar-albukhary

PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,
BalasPadam