Jumaat, 26 September 2014

TEORI-TEORI KEUSAHAWANAN

1.0  Teori - Teori  Keusahawanan

1.1  Keusahawanan Daripada Perspektif Ekonomi

Teori awal menyentuh soal- soal fungsi dan peranan uasahawan dan keusahawanan dalam pembangunan ekonomi. Hal ini demikian kerana sebahagian konsep keusahawanan ini telah diperkenalkan oleh ahli- ahli ekonomi seperti Richard Cantillon,, Adam Smith, Joseph Schumpeter dan lain- lain yang menyentuh tentang keusahawanan dan kesannya terhadap pembangunan ekonomi masyarakat.

Antara ahli ekonomi yang banyak memberi sumbangan dalam bidang keusahawanan ialah Joseph Schumpeter (1934) yang melihat keusahawanan sebagai kuasa kemusnahan yang kreatif. Model yang dibawa oleh Schumpeter melihat inovasi sebagai teras kepada kegiatan keusahawanan apabila inovasi ini dilaksanakan oleh individu yang bergelar usahawan. Menurut Schumpeter, kegiatan keusahawanan merangkumi semua kegiatan atau usaha yang membawa kepada satu bentuk pembaharuan termasukalah kepada proses teknologi baharu atau produk baharu. Contohnya ciptaan wireless oleh Marconi yang telah menjadi industry perhubungan satu revolusi dan meningkatkan kegiatan ekonomi secara keseluruhannya. Schumpeter juga turut membincangkan soal keseimbangan (equilibrium) apabila beliau menimbulkan persoalan ‘siapakah dan apakah’ dan bukannya ‘mengapakah’ yang menyebabkan ketidakseimbangan berlaku dalam ekonomi. Beliau mengaitkan keadaan ini dengan tindakan usahawan melalui daya inovasi dan kretivitinya serta berpendapat usahawanlah yang membawa perubahan kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Selain itu,  Israel Kirzner (1979) telah menghubungkan keusahawanan dengan sal ketidaktentuan, apabila beliau cuba menerangkan elemen keuntungan yang terdapat dalam kegiatan ekonomi. Menurutnya lagi, seorang usahawan berperanan sebagai orang tengah atau arbitrager, iaitu segala peluang yang dilihat akan diambil kesempatan sepenuhnya.

1.2  Keusahawanan Daripada Perspektif Sosiologi

Keusahawanan juga seringkali berkait rapat dengan perspektif sosiologi. Pendekatan sosiologi menerangkan keadaan sosial yang mempengaruhi kemunculan seorang usahawan dan faktor- faktor sosial yang mempengaruhi keputusan untuk menjadi usahawan.

Salah satu ahli sosiologi awal, Max Weber (1958) telah mengaitkan keusahawanan dengan elemen keagamaaan yang dijadikan landasan untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti ekonomi. Menurut Weber, nilai-nilai keagamaan yang universal seperti kejujuran menjadi faktor yang penting dalam menggerakan aktiviti keusahawanan. Kepercayaan dalam kehidupan beragama ini melahirkan sikap tekun dan bertanggungjawab dalam bekerja dan menjadi pendorong kepada pengumpulan aset- aset yang produktif.  Beliau mengatakan bahawa kejayaan golongan Protestant dalam kegiatan ekonomi disebabkan oleh ajaran agama itu sendiri. Pegangan yang kuat terhadap agama telah menjadi dorogan kepada mereka untuk menccapai kejayaan dalam bidang ekonomi.

Gibbs (1972) pula mengemukakan model keusahawanan yag dikenali sebagai model pembangunan sosial. Model ini menerangkan  proses dan perhubungan sosial yang dilakukan oleh seseorang dan memaksa diri mereka utuk melakukan perubahan dengan mengambil keputusan untuk menceburi diri dalam perniagaan. Model ini memerlukan kesungguhan persiapan mental, fizikal dan kewangan serta personaliti yang tertentu. Sementara itu, model yang diperkenalkan oleh Shapero dan Sokol mengaitkan keadaan sosial dan dua faktor yang mempengaruhi seseorang membuat keputusan untuk menjadi usahawan, iaitu faktor dorongan keusahawanan dan faktor situasi.

1.3  Keusahawanan Daripada Perspektif Psikologi

Salah satu pendekatan yang digunakan oleh pengkaji untuk mengkaji bidang keusahawanan adalah dengan melakukan kajian terhadap ciri- ciri dan sifat persoonaliti sesesorang hyang memulakan perniagaan yang baharu. Pengkaji mendapati bahawa terdapat perbezaan cara seseorang usahawan bertindak dan bertindak balas dan perbezaan ini ialah hasil kajian mereka secara intrinsik. Kajian keusahawanana yang berabad- abad yang lalu telah mengenalpasti  beberapa ciri personaliti yang membezakan usahawan dengan bukan usahawan.

Teori kehendak pada pencapaian mengikut McClelland (1961), individu- individu yang mempunyai kehendak pencapaian yang tinggi merupakan golongan yang lebih suka mengambil tanggungawab ke arah mencapai sesuatu matlamat dengan usaha sendiri. Beliau telah Berjaya mempelopori kajian ilmu keusahawanan dengan teori kehendak pada pencapaiannya. Model ini telah diuji di India dan menjadi bahan rujukan bagi negara- negara dunia ketiga yang cuba mencari penyelesaian masalah sosio-ekonomi melalui keusahawanan.

1.4  Keusahawanan Daripada Perpektif Islam

Dari sudut Islam, perniagaan merupakan aktiviti yang penting sejak sekian lama. Ia telah bermula sejak kehidupan manusia di atas muka bumi, dan terus berkembang pesat dari semasa ke semasa seiring dengan perkembangan kehidupan manusia itu sendiri. Habil , anak kepada Nabi Adam telah mempelopori bidang pertanian , manakala saudaranya, Qabil mengusahakan bidang penternakan. Kebanyakan nabi- nabi selepas itu turut menceburkan diri dalam bidang keusahawanan samada dalam bidang penternakan, pertanian, pertukangan atau perniagaan.

Nabi Muahammad s.a.w. juga pernah mengembala kambing sewaktu baginda s.a.w. masih kecil lagi. Baginda juga terlibat dalam perniagaan semnnjak zaman kanak-kanak lagi sebagai pembantu kepada bapa saudaranya yang merupakan seorang pedagang pada ketika itu. Setelah meningkat dewasa, baginda telah diberi kepercayaan daripada Saidatina Khadijah r.a. untuk menguruskan perniagaan beliau. Kecekapan dan kejujura Rasullullah s.a.w. dalam menguruskan perniagaan begitu terserlah sehingga baginda deberi gelaran al- Amin (orang yang amanah) di kalangan penduduk Mekah pada ketika itu.

Islam menganjurkan konsep keusahawanan yang luas di mana ia merangkumi aspek kehidupan di dunia dan akhirat. Ini bermakna aktiviti keusahawanan yang dijalankan di dunia mempunyai hubungan dengan agama juga kehidupan di Akhirat.

Keusahawanan merupakan aktiviti yang amat digalakkan oleh Islam. Bidang perniagaaan merupakan sumber utama rezeki. Hal ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis baginda yang bermaksud, “Sembilan persepuluh sumber rezeki (boleh diperoleh) melalui perniagaan” (hadis riwayat Tarmizi). Menurut pandangan Islam, perniagaan melibatkan aktiviti jual beli iaitu pertukaran barang yang dilaksanakan oleh manusian untuk memenuhi keperluan kehidupan seharian serta memberi keselesaan hidup.

Menjalankan perniagaaan juga merupakan sebahagian daripada tugas khalifah Allah. Anusia diciptakan leh Allah untuk beribadat kepadaNya dan juga menjadi khalifah Allah di muka bumi. Peranan khalifah ialah mentadbir dan menguruskan alam ini. Dengan kata lain, manusia diberi tanggungjawab untuk membangunkan kehidupan yang baik dan sejahtera kepada manusia sejagat dan seluruh alam. Oleh itu, keusahawanan merupakan salah satu cara membina kehidupan yang baik. Ia dapat membantu manusia memenuhi keperluan dan member keselesaan kepada kehidupan mereka.

Oleh hal yag demikian, seorang usahawan Islam harus sedar bahawa mereka bukan sahaja sekadar mencari keuntungan peribadi, tetapi memenuhi tuntutan fardhu kifayah hyang dipertanggungjawabkan kepada mereka. Tanggungjawab mereka adalah untuk menyediakan barangan keperluan masyarakat. Meskipun menyedari bahawa kewujudan usahawan adalah penting kepada masyarakat, mereka tidak harus mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan sehingga menzalimi masyarakat. Formula kejayaan keusahawanan dalam Islam pula mempunyai pertalian rapat dengan kesejahteraan di akhirat yang tidak mungkin boleh dipisahkan sama sekali. Usahawan yang Berjaya mencapai al-Falah iaitu mendapat keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Bagi memperolehinya, aktiviti keusahawanan harulah dilaksanakan dengan mengambil kira peraturan syarak serta nilai akhlak mulia. Seorang usahawan akan mendahulukan keredhaan Allah daripada mengejar keuntungan material meskipun aktiviti tersebut berpotensi member keuntungan yang lumayan.

pada masa yang sama, usahawan perlulakh memiliki akhlak yang mulia. Islam menuntuk agar peniaga sentiasa jujur, amanah, benar dan bertimbang rasa kepada orang lain.akhlak yang ditonjolkan oleh seorang usahawan akan mencerminkan peribadian seorang muslim serta melambangkan ajaran agama Islam itu sendiri. Pelanggan bukan hanya menilai produk yang dijual, tetapi pada masa yang samamereka turut menilai kepribadian seorang usahawan. Usahawan yang mempunyai akhlak yang mulia akan disukai dan dihormati oleh masyarakat. Hal ini akan member nilai tambah kepada usahawan dan pemangkin kepada kejaayannya dalam kegitan keusahawanan.

2.0 Pembangunan Keusahawanan di Malaysia

Keusahawanan di Malaysia bermula seawal zaman Kesultanan Melaka apabila penduduk tempatan berurusniaga dengan pedagang asing. Apabila British memerintah Tanah Melayu, mereka telah menukarkan struktur sosial dengan menjalankan pemerintahan “Pecah dan Perintah”. Dengan cara ini, kaum Melayu bekerja sebagai pentadbir dan disektor pertanian, kaum Cina berkerja dilombong dan berniaga, manakala kaum India bekerja disektor perladangan. Hasilnya, kaum Cina lebih kedepan dalam soal perniagaan berbanding dengan kaum Melayu dan kaum India.
Selepas kemerdekaan, kerajaan Malaysia menyedari betapa pentingnya keusahawan kepada individu, masyarakat dan negara, dan bagaimana ia boleh menyumbang kepada keamanan negara. Semenjak dari itu, kerajaan telah mengfokuskan kepada keusahawanan sehinggalah sekarang. Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Dasar Pembangunan Negara (1990-2000) dan Wawasan 2020, semua pihak mengalakkan dan memberi sokongan terhadap pembangunan keusahawanan di Malaysia.
Kerajaan memberikan galakan pembangunan keusahawanan dan memberikan pengiktirafan kepada keusahawanan kerana mereka boleh menyumbang kepada pembangunan negara. Tahun 1995,  kerajaan menubuhkan Kementerian Pembangunan Keusahawanan sebagai badan yang mengawal dan mempromosi pembangunan keusahawanan di Malaysia. Kini, kementerian tersebut telah ditukar kepada Kementerian Pembangunan Keusahawanan dan Koperasi.

3.0  Bibliografi

Student UM repository.  (2010). Teori – Teori Keusahawanan.  Diperolehi  pada Apr 25, 2010

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ong .Y.K., (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis (ed. 2). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education

Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani, et al. (2007). Prinsip – prinsip Asas Keusahawanan. Kuala lumpur: Cengage Asia Pte Ltd

Rusdi Mustafa. (1991). Ke Arah Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Tunas Ilmu Publications


1 ulasan:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    BalasPadam