Jumaat, 26 September 2014

TOKOH USAHAWAN DI MALAYSIA

Faiza Bawumi Sayed Ahmad

4.0 Faiza Bawumi Sayed Ahmad

Syarikat beras Faiza, salah satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia lebih- lebih lagi syarikat tersebut telah menjadi penaja utama program realiti  di Tv3. Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa pengasas syarikat ini  merupakan seorang wanita. Pada zaman yang serba moden ini, kebanyakkan golongan wanita turut berlumba-lumba menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya. Beliau merupakan salah seorang individu yang boleh dijadikan contoh kepada golongan wanita lain untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan. Komitmen dan keazaman beliau dalam melibatkan diri sepeuhnya dan sanggup mengorbankan masa, tenaga dan wang dalam memastikan kejayaan sesuatu perniagaan akhirnya membuahkan hasil yang baik. Pengalaman yang diperolehinya juga telah banyak membantu kejayaan beliau pada masa kini. Sebahagian masyarakat berpendapat bahawa golongan wanita amat sukar untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan apabila telah memasuki ke alam perkahwinan kerana menumpukan sepenuhnya masa untuk keluarga. Walau bagaimanapun fakta tersebut disangkal apabila kebanyakan  usahawan yang muncul pada masa kini merupakan golongan wanita. Selain itu, golongan ini juga mampu memperolehi kejayaan tanpa bantuan sesiapa. Usahawan –usahawan muda amat kagum dengan kejayaan beliau kerana masih giat aktif merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannnya dalam pelbagai cabang perniagaan sehingga ke hari walaupun sudah berusia lingkungan 60-an dan mempunyai 32 cucu.

4.1 latar belakang
Pada tahun 1964, Faiza Bawumi merupakan seorang wanita kelahiran Mesir dan telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikuti suaminya. Dalam tempoh tiga tahun beliau telah berjaya menguasai bahasa melayu di Malaysia kerana memiliki sifat peramah dan suka bergaul dengan masyarakat, selain itu, beliau merupakan seorang wanita yang tegas dan suka melakukan aktiviti pada masa lapang. Disebabkan perwatakannya, beliau telah memulakan perniagaan kecil- kecilan dengan mengambil upah menjahit sulaman dan menjual pelbagai barangan dapur. Selain itu, beliau juga mempunyai minat dalam menghasilkan rempah kari da telah melakukan penjenamaan terhadap produk tersebut. Semua aktiviti pemprosesan produk tersebut dilakukan di rumahnya sahaja. Melalui perniagaan kecil-kecilan ini, beliau menabung wang tersebut untuk dijadikan modal perniagaan yang seterusnya.

4.2 pembangunan perniagaan

Idea perniagaan beras ini tercetus pada tahun 1982 iaitu apabila beliau mendapati kebanyakkan pemborong beras ramai terdiri daripada kaum lain. Maka dengan itu, beliau mengambil keputusan untuk memohon lesen perniagaan dan bercadang untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.
Pada tahun 1992, syarikatnya telah bertukar entiti perniagaan menjadi syarikat Sdn. Bhd. Sekitar tahun 1997, syarikat Faiza telah menjalakan usahasama dengan bernas. Kini, kilang beras Faiza beroperasi di tapak seluas 40 000 kaki persegi dan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.
Bertapak di Batu Pahat, Johor, syarikat ini telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Maka, syarikat  Faiza telah memperkenalkan sejeis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni” iaitu dibawah jenama Taj Mahal. Selain itu juga, permintaan pengguna terhadap beras Basmathi, beras Fragrant, Beras Thai Super Special dan beras Local telah mendapat permitaan yang tinggi di Malaysia. Perkembangan syarikat beliau dapat dilihat dari masa ke semasa atas usaha dan ketekunan beliau dalam mengendalikan perusahaannya.
Kepekaan beliau dalam memenuhi keperluan dan kehendak pengguna telah memberi peluang untuk mengembangkan produk untuk dihasilkan bagi mengukuhkan kedudukan syarikatnya di Malaysia. Oleh itu, beliau telah meneroka bidang baru termasuk memasarkan bihun, sos cili dan kicap selain rempah dan beras.
Sudah menjadi lumrah bagi seorang usahawan untuk berkongsi kesenangan yang diperolehinya kapada golongan miskin dan ibu tunggal. Beliau juga merupakan salah seorang yang prihatin terhadap isu ini. Maka dengan itu, beliau telah bersetuju untuk menjadi penaja utama dalam program reality televisyen swasta tempatan yang berbentuk amal serta menubuhkan Yayasan faiza bagi membantu golongan yang memerlukan. Beliau turut bersama-sama mendekati kehidupan golongan tersebut serta menguruskan hal Kebajikan dan sumbangan.

Hasil dari kejayaan yang diperolehi oleh beliau telah dibuktikan melalui pelbagai anugerah yang diterimanya sepanjang 43 tahun melibatkan diri dalam bidang keusahawanan ini. Prinsip yang dipegang oleh beliau sepanjang memperolehi kejayaan dalam dirinya ialah walaupun sibuk dalam menguruskan perniagaan namun beliau tetap meluangkan masa untu melakukan kerja amal serta member tumpuan sepenuhnya kepada keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan