Rabu, 17 September 2014

1.0  Konsep Usahawan dan Keusahawanan
Definisi memainkan peranan penting kerana banyak terma berkaitan dengan keusahawanan seperti usahawan, perniagaan dan perniagaan kecil seringkali digunapakai. Umumnya usahawan boleh ditakrifkan sebagai pengasas, iaitu, individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan. Pemilik firma atau perusahaan tersebut boleh dibezakan dengan bukan usahawan melalui pemilikan atau ciri-ciri gelagat yang dipamerkan 

Pelbagai definisi usahawan telah ditakrifkan oleh penulis-penulis yang berbeza. Mengikut Richard Cantillon (1725), usahawan ialah seorang yang sanggup memikul tugas atau mencuba sesuatu. Dengan kata lain usahawan merupakan pengambil risiko. Bagi Adam Smith (1776) dalam Wealth of nations, usahawan dianggap sebagai individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial. Mereka berpandagan jauh dan berupaya mengenalpasti potensi permintaan terhadap produk dan perkhidmatan. Manakala menurut Joseph Schumpeter (1934), usahawan ialah seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu dan membangunkan teknologi yang belum pernah dicuba.
Kebanyakan penulis dan pengkaji telah mentakrifkan keusahawanan dalam aspek seperti penemuan baru, invatif, flesibel, dinamik, kreatif dan mengambil risiko. Ramai pengarang menyatakan bahawa mengenal pasti dan mengejar peluang – peluang merupakan bahagian yang penting di dalam keusahawanan. Manakala yang lain pula menyatakan bahawa keusahawanan melibatkan penciptaan nilai, proses permulaan atau pertumbuhan untuk membuat keuntungan dalam perniagaan, proses menyediakan produk dan servis baru di samping penciptaan nilai melalui organisasi oleh individu atau rakan kongsi (Bird,1989)

Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah satu proses penciptaan kekayaan dan usahawan –usahawan tersebut merupakan individu- individu yang terlibat dalam proses ini. Beliau mentakrifkan:
[1]Keusahawanan sebagai satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif bagi tujuan mencita kekayaan utuk individu dan menambah nilai kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui incubator idea-idea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnyamelaksanakannya.
Kuratko dan Hodgetts (2004) menfokuskan kepada inovasi. Mereka mentakrifkan keushawanan sebagai :

[2]Satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institus – institusi. Semua posisi makro dan mikro pemikiran keusahawanan perlu dipertimbangkan sementara mengenal pasti dan mendapatkan peluang- peluang yang boleh ditukar ke idea persaingan untuk perlaksanaan ekonomi sekarang. Usahawan juga merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan pencarian yang berfaedah, perancangan berhati – hati dan mencari keadilan apabila menjalankan proses keusahawanan. Dengan penuh komited dan optimistic, usahawan – usahawan bekerja secara kreatif untuk mencari sumber – sumber baru atau membiayai yang lama dengan kapasiti baru, kesemuanya dengan tujuan mencipta kekayaan.

Dengan  tercetusnya pelbagai definisi mengenai usahawan dan keusahawanan, hanya satu tema utama yang terhasil iaitu keusahawanan dikenal pasti sebagai satu proses. Satu proses keputuan dan tindakan berterusan. Definisi tema kedua ialah inovasi. Keusahhawanan melibatkan perubahan, revolusi, perpindahan dan pengenalan pendekatan baru. Definisi tema terakhir ialah penciptaan nilai. Melalui keusahawanan, produk baru, perkhidmatan dan transaksi, pendekatan, sumber –sumber, teknologi dan pasaran telah dicipta dengan tujuan member sedikit sumbangan nilai kepada masyarakat dan pasaran. Sumber – sumber dipindah ke dalam bentuk output seperti produk. Maka dengan itu, nilai proses transformasi dicipta kerana usahawan berupaya mencipta sesuatu yang berguna dan bernilai.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai definisi yang luas berkaitan usahawan dan keusahawanan. Bagaimanapun, dalam konteks mencari pendekatan berbeza untuk mempelajari da memahami keusahawanan dan usahawan, perlulah melakukan pencarian spektrum yang luas.



2.0  Evolusi Keusahawanan
Di Malaysia individu yang bergelar usahawan mula menjadi sebutan dan tarikan individu menceburinya pada tahun 1970- an, iaitu setelah peggubalan dan perlaksanaan dasar ekonomi baru (DEB). Walaupun begitu peraturan dan sifat keusahawanan yang dijalankan pada masa sekarang jauh berbeza berbanding aktiviti yang dijalankan pada zaman awal istilah ini diperkenalkan. Para usahawan pada zaman awal hanya mengejar penciptaan kekayaan da bukannya pembangunan industry. Pada zaman Rom purba terdapat tiga cara yang diterima untuk memperoleh kekayaan dan kuasa. Cara – cara ini termasuklah pemilikan tanah,amalan peminjaman wangsecara riba, dan pembayaran wang kepada pegawai, iaitu rasuah. Dengan itu, individu yang memiliki sumber kewangan yang banyak akan terus menindas golongan yang tidak berupaya. Maka, golongan kaya akan bertambah kaya manakala golongan miskin akan bertambah miskin.
Mengikut beberapa sumber keusahawanan di Malaysia sebenarnya telah lama wujud, iaitu sejak zaman Kerajaan Melayu Melaka lagi. Istilah usahawan yang digunakan pada masa itu adalah golongan pedagang, pengilang dan pengusaha. Mereka merupakan peneraju entiti pernigaan kecil perindustrian dan perkilangan yang cenderung untuk berkembang dan melibatkan bukan sahaja barangan malahan juga perkhidmatan. Terdapat enam peringkat perkembangan atau evolusi keusahawanan yang berkembang mengikut peredaran masa iaitu;

2.1  Peringkat awal
Pada zaman ini kebanyakan usahawan terdiri daripada saudagar yang juga menjadi pengembara. Marco Polo merupakan seorang saudagar yang memperkenalkan istilah  go – between. Dengan cara ini, beliau cuba mewujudkan laluan perniagaan bagi menjual produk ke timur Jauh. Dalam konteks ini, pemilik wang akan menyediakan wang atau pinjaman kepada saudagar sementara saudagar pengembara mengambil peranan aktif dalam perniagaan yang dijalankan. Apabila saudagar telah menjual barangannya dan kembali, keuntungan akan dibahagikan kepada 75% pemberi pinjaman dan 25% pedagang. Dalam keadaan tertentu pemodal mengaut keuntungan yang melampau daripada sistem riba yang diamalkan sehingga menindas yang menjalankan perniagaan.

2.2  Peringkat pertengahan
Pada peringkat ini usahawan dihuraikan sebagai seseorang yang terlibat di dalam menjaga dan mengawal projek pengeluaran yang berskala besar. Ia mungkin mengawal projek tersebut menggunakan sumber yang disediakan oleh kerajaan. Pada peringkat ini, usahawan tidak menanggung sebarang risiko dalam pengeluaran tersebut. Mereka hanya bertanggungjawab dalam kerja – kerja permbinaan seperti bangunan kota da kubu pertahanan, membina bangunan awam dan rumah – rumah ibadat.

2.3  Abad ke – 17
Keusahawanan pada  abad ini mempunyai hubungan risiko dan usahawan. Keusahawanan adalah orang yang menandatangani kontrak perjanjian dengan kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan atau membekalkan produk yang telah ditentukan. Harga kontrak adalah tetap. Oleh itu, kerugian atau keuntungan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan. Pakar ekonomi Richard Cantillion mengutarakan teori (definisi) awal mengenai usahawan. Beliau dikatakan pengasas kepada istilah entrepreneur (usahawan). Pada pandangan beliau, usahawan merupakan menerima risiko taruhan. Pedagang, petani, juru tukang dan sebagainya adalah individu yang bergelar usahawan. Mereka membeli pada harga tertu dan menjualnya pada harga yang tidak pasti, dengan ini mereka menanggung risiko. Dalam proses ini, perolehan kewangan ialah suatu faktor yang tidak pasti dan keadaan ini mewujudkan unsur risiko dan spekulasi dalam menjalankan perniagaan.

2.4  Abad ke – 18
Pada peringkat ini, keusahawanan dilihat sebagai individu yang mempunyai atau memberi modal (venture capitalist) dibezakan dengan individu yang memerlukan modal (usahawan) pada abad ini. Perbezaan ini berlaku kerana perkembangan sektor perindustrian di seluruh dunia dengan banyak rekaan baharu seperti penciptaan peralatan elektrik leh Thomas Edison yang memerlukan pembiayaan. Perkembangan sektor perindustrian telah menuntut usahawan agar berusaha untuk merebut peluang demi kemajuan diri dan negara.setiap perubahan yang berlaku mendorong individu untuk terus mereka bentuk produk yang lebih baik dan berkesan. Pemberi modal (venture capitalist) yang menjadi pengurus wang professional akan membuat pelaburan berisiko bagi mendapat kadar pulangan yang tinggi daripada pelaburan tersebut.

2.5  Pertengahan abad ke – 20
Pada akhir abad ke – 19 dan awal abad ke – 20, usahawan jarang sekali dibezakan daripada pengurus dan mereka banyak dilihat pada perspektif ekonomi. Secara ringkasnya, usahawan mengendalikan perniagaannya untuk keuntungan sendiri, menggunakan inisiatif sendiri dan kemahiran serta kebijaksanaan untuk perniagaannya dan menanggung semua kerugian atau keuntungan akibat keadaan yang tidak pasti. Pada pertengahan abad ke – 20, usahawan dilihat sebagai seseorang yang memperkenalkansesuatu yang baharu atau pencipta yang membawa kepada perubahan. Pada zaman ini, usahawan telah dianggap sebagai agen yang membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk baharu, proses atau sistem. Konsep perubahan merupakan salah satu bahagian yang penting dalam bidang keusahawanan. Sebagai contohnya, inovasi ialah satu tindakan memperkenalkan sesuatu yang baharu dan merupakan salah satu tugas yang paling sukar dalam bidang keasahawanan. Inovasi bukan sahaja memerlukan keupayaan untuk mencipta tetapijuga memastikan keupayaan untuk melaksanakan dan memperoleh faedah daripadanya.

2.6  Abad ke – 21
Keusahawanan pada abad ke – 21 memberi cabaran yang lebih tinggi kerana pengurusannya lebih kompleksiti dan kepelbagaian. Terdapat dua isu yang mencabar kemampuan usahawan, iaitu  kerana usahawan  perlu menguruskan heterogeniti tenaga kerja yang semakin meningkat dan tenaga kerja yang pelbagaiyang mempunyai kelebihan kompetitif dan berpotensi untuk diperkembangkan. Tenaga kerja yang pelbagai dan latar belakang budaya yang berbeza juga akan mempengaruhi gelagat usahawan dalam pengurusan perniagaan. Selain itu, perkembangan teknologi yang terkini yang melibatkan teknologi mklumat yang begitu pesat seperti ICT telah banyak perubahan kepada bidang keusahawanan. Keusahawanan pada abad ini sudah semestinya lebih mencabar kerana teknologinya semakin canggih, persaingan juga lebih sengit dan masalah serta tuntutan pekerja yang semakin kompleks. Hal ini demikian kerana mobility pekerja yang lebih fleksibel dan kebolehcapaian maklumat dengan lebih cepatdan terkini.

3.0  Bibliografi

Latyp. (2009). Definisi Usahawan dan Keusahawanan. Diperolehi  pada Mac 29, 2009

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Habshah Bakar, Norashidah Hashim, Ong .Y.K., (2010). Keusahawanan Teori dan Praktis (ed. 2). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill Education

Rosli Mahmood, Lily Julienti Abu Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani, et al. (2007). Prinsip – prinsip Asas Keusahawanan. Kuala lumpur: Cengage Asia Pte Ltd

Rusdi Mustafa. (1991). Ke Arah Usahawan Berjaya. Kuala Lumpur: Tunas Ilmu Publications

Siti Nabila Aishah. Keusahawanan. (2005). Diperolehi pada Ogos 20, 2010
daripada   http://www.scribd.com/doc/36185091/OUMM2103-Bab1



[1] Buku rujukan : muka surat 4, Prinsip – Prinsip Asas Keusahawanan. Karya Rosli Mahmud, Lily Julienti Abu
   Bakar,..(2007).Cengage  Learning Asia Pte Ltd
[2] Buku rujukan : muka surat 5, Prinsip – Prinsip Asas Keusahawanan. Karya Rosli Mahmud, Lily Julienti Abu
   Bakar,..(2007). Cengage Learning Asia Pte Ltd

1 ulasan:

  1. Saya ingin berkongsi kesaksian mengenai bagaimana perkhidmatan pendanaan Le_Meridian membantu saya dengan pinjaman sebanyak 2,000,000.00 USD untuk membiayai projek ladang ganja saya, saya sangat berterima kasih dan saya berjanji untuk berkongsi syarikat pembiayaan ini kepada sesiapa yang mencari jalan untuk mengembangkan perniagaannya project.the syarikat adalah syarikat pembiayaan. Sesiapa yang mencari sokongan kewangan perlu menghubungi mereka di lfdsloans@outlook.com Atau lfdsloans@lemeridianfds.com Encik Benjamin juga pada WhatsApp 1-989-394-3740 untuk membuat perkara mudah bagi mana-mana pemohon.

    BalasPadam