Jumaat, 26 September 2014

TOKOH USAHAWAN DI MALAYSIA

Tan Sri Anthony Francis Fernandes

3.0  Tan Sri Anthony Francis Fernandes

Tony fernandes nama yang tidak asing lagi sebagi seorang usahawan yang Berjaya di Malaysia. Merupakan pengasas kepda ‘Tune Air Sdn Bhd’, yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada semua pengguna. Siapa sangka bahawa seorang ahli muzik yang pernah terlibat dalam industri hiburan bertukar kepada seorang tokoh korporat tanah air yang disegani kerana kejayaannya mencetus revolusi dalam industri penerbangan rantau asia. Semangat ingin mencuba sesuatu dan berani mengambil risiko telah membuktikan bahawa perkara tersebut tidak mustahil boleh berlaku. Kejayaan yang diperolehi oleh beliau dari masa ke semasa telah memberi semangat kepada belia untuk mengikuti jejak langkahnya beliau. Kecekalan dan ketabahan beliau mengharungi pelbagai cabaran dan risiko di dalam perniagaannya telah menarik minat untuk meneroka mengenai latar belakang usahawan tersebut.

3.1 Latar Belakang

Dilahirkan pada 30 April 1964 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan bangsa Goa bercampuran portugis Melaka, bapanya Dr Stephen Edward Fernandes telah meninggal dunia manakala ibunya Ena Dorothy Fernandes. Pada usia mudanya, beliau sentiasa mengikuti ibunya, seorang pengusaha kepada pihak peniaga Tupperware dan konvensyen. Selepas mendapat ijazah daripada London School of Economics pada tahun 1987, beliau bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit dan seterusnya bertukar kerjaya menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat di London.
Pada usia 27 tahun, beliau telah kembali ke Malaysia dan menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd sehingaa tahun 2001. Apabila Time Warner Inc mengumumkan penggabungan dengan America Online Inc, Tony Fernandes meninggalkan kerjayanya untuk mengejar impiannya untuk memulakan satu syarikat penerbangan bajet tanpa perkhidmatan lebih. Walaubagaimanapun, pada permulaan permohonan untuk mendapatkan lesen daripada kerajaan untuk membuka perniagaan ditolak.

3.2 Pembangunan Perniagaan
Pada tahun 2001, impian untuk memiliki perniagaan sendiri mula menyerlah apabila DRB Hicom mengalami kesulitan disebabkan tanggungab hutang yang tinggi dan terpaksa menjual sebuah anak syarikatnya iaitu Air Asia. Atas nasihat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit walaupun pada tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan. Pelbagai reaksi buruk yang diterima oleh beliau dari orang ramai selepas pembelian syarikat tersebut. Namun begitu, ia tidah mematahkan semangat beliau untuk memajukan syarikat tersebut.
Penyusunan semula organisasi AsiaAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang drastic dan memperoleh keuntungan dalam jangka masa yang pendek. Pengurangan dari segi masa dan kos yang menjadi visi syarikat tersebut telah menarik minat orang ramai untuk menaiki kapal terbang.
Di bawah kepimpinan beliau, syarikat penerbangan berkembang maju iaitu dari 2 buah Boeing sederhana kepada 30 dan kini beroperasi lebih 100 penerbangan domestic dan antarabangsa setiap hari dari KLIA, Johor Bahru, Bangkok dan Jakarta.
Selain itu, AirAsia telah merevolusikan industry perjalanan udara di Malaysia dan merintis fenomena kos rendah di Asia. Pada tahun 2004, syarikat penerbangannya telah membentuk usaha sama di Thailand dan Indonesia.

Pada tahun 2007, Tony Fernandes telah mengembangkan peniagaannya ke arah rantaian perhotelan iaitu Hotel Tune berdasarkan konsep tanpa perkhidmatan lebih. Ini menunjukkan bahawa beliau akan sentiasa mencari idea yang kreatif dan inovatif untuk mengembangkan dan mempelbagaikan perniagaan untuk meningkatkan lagi taraf hidupnya di samping menyediakan dan memenuhi keperluan masyarakat pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan