Jumaat, 26 September 2014

TOKOH USAHAWAN DI MALAYSIA

Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
1.0 Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary
Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan salah seorang tokoh usahawan bumiputera yang berjaya dan terkenal di Malaysia. Beliau bukan sahaja terkenal di Malaysia malah di seluruh pelusuk dunia mengetahui mengenai perniagaan dan kejayaan yang telah beliau kecapi  berkaitan keusahawanan. Kegigihan dan kesungguhan beliau dalam menjalankan perniagaan boleh dijadikan contoh kepada golongan muda pada masa kini untuk menceburi bidang keusahawanan. Beliau bukan sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan malah turut bersama- sama melakukan kerja- kerja amal dan menderma kepada golongan yang memerlukannya. Oleh itu, tidah hairanlan sekiranya beliau salah seorang yang mendapat gelaran tokoh jutawan di Malaysia berdasarkan penglibatan yang diceburinya.

1.1 Latar Belakang :

Pada tahun 1951, Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary telah dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik yang hidup dalam keadaan yang serba  kekurangan bersama kedua- dua ibu bapanya. Keluarganya berasal dari Hadhamaut, Yemen. Bapanya merupakan seorang peniaga yang seringkali mengembara untuk menanggung kehidupan mereka sekeluarga sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk menetap di Alor Setar dan memulakan kehidupan di sana. Beliau memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi ketika usianya menjangkau 9 tahun, beliau telah dihantar tinggal bersama bapa saudaranya di Johor Bharu. Beliau mendapat pendidikan dari darjah empat sehinggalah ke tingkatan dua dan kemudian kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahnanya di Sekolah Saint Michael’s. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary bukanlah merupakn orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah menyambung pelajarannya ke peringkat universiti. Namun begitu, beliau bukan seorang yang tidak berilmu, kebanyakkan ilmunya di perolehi melalui pengalaman secara langsung semasa beliau terlibat dalam bidang perniagaan.
Pada usianya yang masih muda lagi, kehidupan beliau telah banyak mendorong beliau untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan iaitu beliau telah membantu ibunya menanam dan menjual sayur- sayuran di Jalan Telok Wan Jah serta menjual roti canai di pasar yang sama. Pada zaman persekolahan pula, beliau turut membantu bapanya membuat simpan kira, mengembala haiwan berdekatan stesen keretapi Alor Setar. Bermula dari situlah, beliau telah mempelajari selok- belok untuk memulakan perniagaan.
Pada tahun 1970, Tan Sri Syed Mokhtar tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Beliau menjual daging secara kecil- kecilan. Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih kepada perniagaan pengangkutan pada tahun 1972. Beliau Berjaya mendapat permit bagi empat buah lori kelas A dan mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM 110,000 daripada pihak MARA. Melalui pinjaman tersebut, beliau Berjaya memiliki dua buah lori Mercedes 911LS.

[1]“Saya mula berniaga dengan menjalankan bisnes lori (pengangkutan lori) pada tahun 1972. Saya mendapat permit untuk mengendalikan empat buah lori tetapi disebabkan tidak cukup sumber kewangan, saya membeli dua biji lori dengan dibiayai pinjaman sepenuhnya dari MARA. Apa yang menyeronokkan saya, lori buatan Mercedes itu dibeli di kedai Cycle dan Carriage yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan pejabat MARA yang memberikan pinjaman tersebut, letaknya juga di jalan yang sama. Selepas tiga tahun berniaga, saya berjaya membayar semua pinjaman itu dan perniagaan saya berkembang. Bilangan lori juga bertambah daripada dua permulaannya. Malah, ketika saya memulakan perniagaan beras, saya juga mendapat sokongan dari MARA apabila membekalkannya kepada anak syarikat MARA, Senama Bhd. Saya amat terhutang budi kepada MARA kerana membantu saya di peringkat awal perniagaan. MARA telah berjaya memainkan peranan besar dalam membangunkan usahawan-usahawan Bumiputera seperti saya.” (Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary)
1.2 Pembangunan Perniagaan
Bermula dari perniagaan pengangkutan, Tan Sri Syed Mokhtar telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa yang masih wujud dan sudah mempunyai lebih 40 buah lori. Perniagaannya mula berkembang sehingga beliau menceburi diri dalam bidang perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Melalui perniagaan beras, beliau berjaya mendapatkan kontrak untuk membekalkan beras ke pihak Felda, Mara Senama dan sebagainya. Dalam masa itu juga, beliau telah menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Perniagaan tersebut diberi nama Bukhary Sdn.Bhd.
Daripada perniagaan beras, beliau mengembangkan perniagaannya ke komoditi lain, iaitu gula sehingga ke hari ini. Setahun selepas Bukhary Sdn Bhd memulakan operasi, beliau membuka Bukhary (KL) Sdn Bhd. Penubuhan syarikat tersebut adalah untuk mendapatkan kontrak kerajaan yang ketika itu ditawarkan untuk usahawan bumiputera. Perniagaannya membuahkan hasil lagi, kali ini beliau diberikan kontrak pembekalan beras,tepung coklat, teh,tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Pada masa tersebut, syarikat usaha samanya memegang saham dengan New Zealand Milk Products. Produk susu Mas Sdn. Bhd dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Malangnya, pada pertengahan tahun 80an, Tan Sri Mokhtar terpaksa menjual kepentingannya dalam  Produk Susu Mas Sdn. Bhd ekoran kemelesetan ekonomi.
Perjalanannya tidak terhenti disitu, Tan Sri Syed Mokhtar menceburi sektor pembuatan, ekoran mendapat kntrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak kementerian pertahanan. Penubuhan dua buah syarikat iaitu Amtek Holdings dan Oriental Garments Uniform Division bagi membekalkan pakaian dan kasut. Perkembangan perniagaannya semakin pesat dengan melibatkan diri dalam bidang perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhary Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak perbendaharaan. Melalui syarikatnya itu, beliau telah memiliki sebuah kapal buatan Jerman dan diberi nama Angsa Mas. Walau bagaimanapun, perniagaannya tidak bertahan lama, beliau mengalami kerugian dan terpaksa menjual kapal tersebut pada harga USD600,000.
Tan Sri Syed Mokhtar tidak pernah mengenal erti putus asa, beliau sekali lagi melibatkan diri dalam bidang perniagaan melalui projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas yang kini menjadi semakin maju  hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Manakala Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air di mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus. Beliau telah membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan.
Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.
Setelah Berjaya dalam setiap perniagaan yang diceburinya, Tan Sri Syed Mokhtar  menubuhkan Yayasan Al-Bukhary pada tahun Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya islam serta menggalakkan persefahaman antara peradaban. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu, Yayasan tersebut hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pelbagai projek besar dijalankan antaranya  pembinaan Kompleks al-Bukhary di Kedah, Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur serta membina 12 buah masjid di serata negara.
Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Sehingga ke hari ini, yayasan tersebut masih wujud dan telah membantu dan memberi kebajikan kepada golongan- golongan miskin.




[1] Petikan di ambil:  portal rasmi Majlis Amanah Rakyat daripada http://www.mara.gov.my/tan-sri-syed-mokhtar-albukhary

1 ulasan:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    BalasPadam