Isnin, 13 Oktober 2014

Budaya Keusahawanan (Artikel 1 dan 2)

Definisi Budaya Keusahawanan

Budaya adalah corak perilaku harian yang diamalkan oleh individu ataupun kumpulan individu di dalam menguruskan hal-hal kehidupan mereka. Budaya yang murni selalunya mempengaruhi corak perilaku individu kearah yang dikehendaki dan diterimaoleh kumpulan masyarakat setempat. Keusahawanan merangkumi sikap, pengetahuandan kemahiran yang cenderung ke arah aktiviti perniagaan. Maka budaya keusahawanan bolehlah didefinisikan sebagai corak perilaku individu dan kumpulan individudalam sebuah masyarakat, yang cenderung ke arah melakukan kegiatan-kegiatan yangberkaitan dengan perniagaan.

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Berdasarkan artikel pertama 
 yang diperolehi dari sumber internet, budaya keusahawanan ini perlu dipupuk dan disemai kepada golongan muda pada peringkat awal lagi iaitu pada peringkat pengajian. Menurut  Datuk Shahiruddin Ab. Moin (2014) sekolah memainkan peranan penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera tanpa terhad kepada matlamat mencapai kecemerlangan akademik semata-mata.  Pendedahan ini boleh dilaksanakan melalui pelbagai aktiviti seperti penubuhan kelab usahawan dan mewujud dan menganjurkan karnival keusahawanan.


Manakala artikel kedua pula menjelaskan bahawa aspek budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar bukan sahaja memupuk sifat dan minat terhadap bidang keusahawanan malah dalam masa yang sama dapat mempratikkan diri sifat kerjasama selain dapat menambahkan ilmu pengetahuan mengenai selok belok pengurusan di dalam perniagaan. Perlaksanaan aspek kebudayaan ini perlu melibatkan beberapa faktor – faktor bagi mendorong perkembangan dalam bidang ini terutamanya faktor- faktor persekitaran yang kondusif yang disediakan oleh pelbagai pihak. Antara pihak yang perlu menyokong dan perkembangan keusahawanan ini seperti pihak kerajaan, media massa, institut pengajian dan masyarakat.

Justeru itu, kesimpulan yag dapat dihasilkan berdasarkan dua artikel tersebut ialah bahawa aspek pembudayaan keusahawanan adalah merupakan satu proses pembangunan sikap dan personality usahawan agar cintakan kejayaan dan kecemerlangan dalam setiap usaha yang dilakukan. Oleh itu, amat penting sekiranya budaya keusahawanan tersebut diterapkan kepada golongan muda serta dibantu oleh pihak sekolah da pihak- pihak yang terlibat bagi mengembangkan lagi minat dan kecenderungan yang tinggi dari golongan muda terhadap aspek keusahawanan.


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan