Isnin, 13 Oktober 2014

PENGELUARAN PRODUK MINUMAN KESIHATAN POCARI SWEAT -JEPUN

PENGELUARAN PRODUK MINUMAN KESIHATAN POCARI SWEAT





Keluarga Akihiko Otsuka merupakan pengasas produk minuman kesihatan pocari sweat di Jepun yang kini berusia 35 tahun. Idea perniagaa ini tercetus apabila beliau ingin menghasilkan satu produk yang unik dan bermanfaat untuk kegunaan masyarakat. Beliau melakukan satu eksperimen dengan melantik Harima dan Takaichi bagi menghasilkan produk tersubut. Produk minuman ini merupakan produk kesihatan dengan kadar penggunaan gula yang rendah untuk tubuh badan.

Penghasilan produk tersebut mengambil masa yang lama untuk mewujudkan satu minuman kesihatan yang benar- benar berfungsi bagi seseorang individu yang aktif melakukan aktiviti harian. Pelbagai percubaan yang dilakukan oleh Takaichi, pakar makmal iaitu dengan melakukan hampir 1000 sample dan telah cuba diberi minum  kepada Pengarah Otsuka Pharmaticeutical, namun tidak berjaya. Idea tercetus apabila, salah seorang pekerja memberi minuman buah-buahan lalu Otsuka mencampurkan kedua- dua cecair tersebut dan akhirnya memperolehi satu minuman yang enak dan sedap untuk diminum.

Pada peringkat awal, penjualan produk minuman ini tidak mendapat tempat di dalam pasaran manakala sambutan dari masyarakat juga tidak memberangsangkan. Namun pihak syarikat tidak berputus asa, mereka terus melakukan penjualan produk tersebut di serata tempat. Akhirnya, pengarah Otsuka memperolehi strategi iaitu melaksanakan penjualan produk minuman secara percuma dalam kalangan masyarakat di Jepun selama setahun. Namun begitu, penjualan tetap merosot dari masa ke semasa, beliau masih tidak berputus asa lalu meneruskan strategi walaupun mengalami kerugian yang besar. Strategi tetap diteruskan kerana beliau berpendapat bahawa keuntungan akan diperolehi sekiranya setiap lapisan dapat mengenal dan memahami fungsi dan kegunaan air minuman tersebut.

Pada tahun 1981, peningkatan berlaku secara mendadak terhadap produk minuman Pocari Sweat kerana perubahan cuaca di Negara tersebut dan sebilangan individu yang bergiat aktif dalam aktiviti harian sangat memerlukan minuman tersebut untuk mengembalikan kecergasan dan tenaga kepada mereka untuk meneruskan aktiviti hariannya. Pembanguan dan perkembangan produk minuman pocari sweat telah menembusi 16 buah Negara termasuk Negara Indonesia .


Kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan video ini ialah setiap individu yang terlibat dalam dunia keusahawanan perlu sentiasa merebut peluang yang ada disamping mencari peluang-peluang baru bagi menghasilkan produk yang kreatif dan inovatif untuk memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat. Selain itu, kesabaran dan sikap berani menanggung risiko perlu diterapkan oleh usahawan bagi memperolehi kejayaan pada kemudian hari.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan