Isnin, 13 Oktober 2014

PENGELUARAN PRODUK MINUMAN AQUA-INDONESIA

PENGELUARAN PRODUK MINUMAN AIR BERSIH (AQUA)









Tirto Utomo  merupakan pengasas produk air minuman Aqua di Indonesia. Idea perniagaan ini tercetus apabila beliau menyedari bahawa masyarakat amat memerlukan bekalan air bersih untuk dijadikan keperluan asas di dalam kehidupan. Maka, beliau mengambil peluang tersebut untuk mencipta satu produk berdasarkan sumber alam semulajadi iaitu memperolehinya dari  tanah. Kegigihan beliau dalam mempelajari cara menghasilkan produk air minuman ini sehingga ke Bangkok dan akhirnya menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 1974 dan memulakan penjualan produknya di Indonesia.

Pada peringkat awal, perniagaan beliau tidak mendapat sambutan yang baik dari pihak masyarakat dan mengalami kerugian yang teruk sehingga beliau membuat keputusan untuk memecat beberapa orang pekerja dan hampir mengishtiharkan untuk menutup perniagaan tersebut. Namun begitu, hasrat untuk menutup perniagaan dibatalkan apabila salah seorang pekerjanya memberi idea supaya melakukan penjualan secara ekstrem. Dari situ, beliau telah memperolehi strategi untuk melakukan penjualan secara ekstrem dengan meningkatkan harga air minuman tersebut  yang pada asalnya bernilai 175 rupiah. Strategi dan idea yang dilaksanakan tersebut berjaya meningkat penjualan produk serta memperolehi keuntungan kepada syarikatnya.

Pada era 84, bagi mengembangkan perniagaannya, beliau telah berpakat dengan pekerja- pekerjanya untuk memasarkan dan menawarkan produk minuman Aqua dengan hanya menjual dan meletakkan 3 botol minuman sahaja di kedai-kedai  berhampiran bandar. Cara ini merupakan strategi kedua perniagaan beliau kerana dengan cara meletakkan sedikit di kedai dapat mewujudkan pendapat dari masyarakat yang beranggap bahawa produk tersebut sangat laris dijual. Keberkesanan idea tersebut terbukti apabila penjualan dan keuntungan yang diperolehi semakin meningkat.

Peluang tersebut di ambil oleh beliau dengan meluaskan penjualan produk minuman tersebut di  beberapa kawasan sekitar bandar seperti hotel, kedai dan restauran. Strategi ini memberi impak yang besar kepada masyarakat untuk mengenali produk tersebut dengan lebih mendalam. Selain itu, Tirto Utomo juga menawarkan syarikatnya sebagai penaja utama dalam pelbagai peristiwa-peristiwa berkaitan sukan kerana dengan cara ini dapat memberitahu kepada masyarakat bahawa produknya dapat memberi tenaga kepada gologan tersebut. Setiap strategi yang digunakan mendapat sambutan yang tinggi dari setiap lapisan masyarakat di Indonesia.

Walaubagaimanapun, setiap perniagaan tidak akan lari dari pelbagai risiko termasok risiko dari segi persaingan. Beliau berpendapat dengan wujudnya persaingan maka produknya akan sentiasa meningkatkan kualiti dan dapat melakukan perbandingan bagi menghasilkan produk yang lebih baik bagi mengekalkan kedudukan di dalam pasaran.
Namun begitu, jangka hayat beliau tidak panjang, maka perniagaannya diambil alih oleh anak-  anak dan para pekerja bagi mengembangkan perniagaannya. Pergabungan dan kerjasama dilakukan antara syarikat minuman yang terkenal di luar Negara iaitu DANONE. Dengan cara ini, produk tersebut dapat menembusi pasaran luar Negara serta dapat mengembangkan lagi perniagaan air minuman di serata dunia.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan