Rabu, 15 Oktober 2014

Konsep Blog

Konsep blog
Blog merupakan singkatan dari perkataan web log, iaitu berbentuk aplikasi web yang merangkumi tulisan- tulisan yang dimuat naik secara berkala pada sebuah halaman web umum oleh seseorang individu. Blog tersebut akan dipamerkan kepada umum supaya dapat dibaca oleh semua pengguna internet sesuai dengan topic yang ditulis.
Blog juga merupakan sebuah diari ‘online’ kepada individu kepada masyarakat sekeliling. Antara coretan yang ditulis di dalam blog adalah seperti artikel, berita, hiburan dan sebagainya.

Pelbagai tujuan bagi mewujudkan sebuah blog antaranya member manfaat kepada usahawan untuk memajukan perniagaannya. Kebiasaannya , usahawan akan melancarkan produknya di blog dan secara tidak langsung mencipta urusan perniagaan secara ‘online’. Aktiviti ini dikenali sebagai ‘e-dagang’.

Selain itu, blog juga merupakan salah satu medium sosial kepada masyarakat. Sebagai contoh, seseorang individu akan menerbitkan sebuah blog berdasarkan objektif tertentu. Blog seperti dikenali sebagai ‘portal-maklumat’ dimana ia menyalurkan pelbagai maklumat dan data kepada masyarakat umum. Maklumat yang disalurkan wujud dalam pelbagai jenis, antaranya hiburan, berita, artikel dan sebagainya.

Di samping itu, pembangunan blog juga memainkan peranan dalam menyebarkan ideology, pandangan, cetusan rasa dan teori samada positif atau negative berdasarkan sesuatu tujuan (atau objektif) yang jelas. Blog sperti ini banyak dibangunkan oleh masyarakat, ahli politik dan golongan ‘think’-thanker’ yang mengolah maklumat dengan rapi, tersusun dan teliti sehingga berjaya memperdayakan fikiran atau mengubah pola pemikiran sesuatu kelompok kecik atau segenap lapisan masyarakat secara menyeluruh.

Dalam masa yang sama, pembangunan blog merupakan salah satu medium sosial yang melibatkan masyarakat dari pelbagai bangsa, agama, dan negara untuk berkongsi idea, maklumat, bahan dan sebagainya serta melahirkan hubungan persahabatan yang erat di dalam alam maya serta saling berinteraksi antara satu sama lain dalam berkongsi pengetahuan, pengalaman dan maklumat.

Pembangunan blog juga mampu meghasilkan sember pendapatan kepada pemilik blog tersebut iaitu melalui program periklanan yang disebut PPC (Paid Per Click). Berlaku apabila semakin ramai pengunjung yang mengunjungi iklan yang terdapat dalam blog yang dihasilkan maka pihak pengiklanan akan membayar berdasarkan harga per klik dari pengunjung.

Kesimpulannya, blog banyak member manfaat kepada semua individu terutama para usahawan dalam mengembangkan perniagaan yang dijalankan tanpa bersemuka dengan pelanggan. Selain itu, dengan wujudnya blog, individu tersebut dapat berkongsi- kongsi maklumat dan memperolehi pelbagai pandangan, idea, dan sebagai dari pelbagai sudut yang berbeza secara meluas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan